KOMBO MURAH KITAB: AMALAN ORANG SOLEH & R&R DI LEBUH RAYA KEHIDUPAN
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
No ratings yet
Damage Protection
Learn More
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Year
Description

AMALAN ORANG SOLEH (USTAZ MUHADIR HAJI JOLL) Amalan (zikir, wirid, selawat, doa) bersandarkan hadis Nabi SAW, dan amalan ulama. Disertakan nama Syeikh (Guru) yang mengijazahkan setiap amalan. Pengijzahan kitab kepada setiap pembeli. Antara amalan: Pemagar Diri, Selawat Ummi, Manzil, Bimillah 786, Surah pilihan, Pendinding Diri, Keluarga dan Harta Benda, serta banyak lagi. Sesuai bagi orang awam, pelajar universiti, pondok, tahfiz, Imam, pendakwah, dan yang mengikuti pengajian bersanad. ----------+--------- R&R DI LEBUH RAYA KEHIDUPAN (USTAZ ZUL RAMLI) Ramai manusia tersesat atau lebih tragis ditimpa kemalangan di laluan hidupnya. Lebuh raya hidup bukan lagi menjadi laluan menuju matlamat sebaliknya bertukar menjadi medan kehancuran dan kemusnahan diri. Pengguna lebuh raya hidup perlu kepada panduan agar sentiasa kekal selamat di samping memastikan tidak teralih arah ke matlamat yang salah. Seperti lebuh raya sebenar yang mengandungi banyak R&R di sepanjang perjalanan serta pelbagai papantanda isyarat dan petunjuk, begitulah di lebuh raya kehidupan. Ia mengandungi R&R dan papan tanda isyarat dan tanda-tanda bagi memastikan kita selamat sampai ke destinasi. Mari memanfaatkan papan tanda di sepanjang laluan dengan memahami dan mematuhinya dengan penuh sabar. Di sana tersembunyi apa yang diharapkan oleh si musafir; keselamatan dan ketenangan hakiki dalam menuju matlamat bahagia. Buku ini mengajak pembaca memecut ke hadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh supaya tidak berlaku kepincangan dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti, bermuhasabah buat mendapat kelegaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now