KOMBO: KOMIK ABEBEN (GODCENTRIC 1) DAN HIMPUNAN CERPEN SERAM WEB SUTERA
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
No ratings yet
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Year
Description

GODCENTRIC (Abeben) Seperti yang dijangka, perang nuklear tercetus. Kutub Utara dan Selatan mencair. Gunung-gunung berapi meledak. Dunia semakin menuju kemusnahan dek tangan-tangan manusia sendiri. Selepas bertahun-tahun penyelidikan, akhirnya saintis berjaya mencipta bahtera terapung untuk menyelamatkan manusia. Namun, ruang tidak cukup untuk semua. Maka, tiga peraturan utama diperkenalkan. Pertama, hanya golongan bijak pandai sahaja dibenarkan menaikinya. Kedua, diharamkan untuk mencipta dan menggunakan senjata. Dan yang terakhir, semua orang di atas bahtera itu tidak dibenarkan menganuti mana-mana agama. Hanya mereka yang memenuhi kriteria ini sahaja yang dapat meneruskan ketamadunan manusia 35,000 kaki di udara. Yang selebihnya ditinggalkan di permukaan Bumi, dibiarkan musnah dan pupus selama-lamanya. Dan 1,000 tahun pun berlalu... Tebal: 128 muka surat Harga: RM10.00 ----------------+---------------------- JELMA PUAKA (Web Sutera) Karya ini mengandungi himpunan cerpen thriller, seram, mistik dan paranormal. Ia dibahagikan kepada dua bahagian: i) Cerpen-cerpen tulisan saya (Web Sutera) ii) Cerpen-cerpen terjemahan bebas dan adaptasi dari cerpen Projek Gutenberg berdomain awam. Selain daripada itu, terdapat catatan sama ada melalui kisah yang digarap atau secara terus yang menjurus kepada pernyataan bahawa ‘kita manusia tidak seharusnya takut dengan makhluk ghaib’ justeru mereka juga hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab. Semoga bukan sahaja menjadi hiburan untuk dibaca, bahkan yang lebih penting dapat dicicip sebagai karya sastera yang menggunakan bahasa Melayu piawai. ********** Tatang mempunyai sifat gagah seperti Badang. Seluruh pokok perah di sekitar Pulau Raya dicabutnya kerana anak lelakinya mati termakan buah perah. Sehingga kini dikatakan Pulau Raya tiada pokok perah. Anak perempuannya juga mati kerana memakan buah perah, dan mayatnya dikebumikan di Gunung Tahan. Isteri Tatang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sungai Dong ketika melalui sebuah titi untuk menyeberang. ---------+---------- Tidak semena-mena, dia mendengar bunyi tulang yang berderak - tidak seperti makhluk memakannya - tetapi seolah-olah tindakan menghancurkan tulang-belulang itu lantaran marah dan kecewa. Mendongak ke bawah, dia melihat di muka gua kecil tempat dia berlindung sehari sebelumnya. Dengan mengumpul semua tekad dan kekuatan mentalnya, si pemuda meneruskan perjalanan secara pelahan dan lembut. Sementara itu, dari dalam gua kecil di bawah, terdengar bunyi rintihan dan nada menggeram saling bercampur baur. --------+---------- KANDUNGAN 1) Roh Yang Terperangkap 2) Segel Puaka 3) Kandang Nenek 4) Varney Si Vampira 5) Rahsia Gabriel-Ernest 6) Vampira 7) Serigala Kelabu 8) Tembus Dimensi Tebal: 140 muka surat Harga: RM15.00

Chat Now
Add to Cart
Buy Now