2 Variations Available
[ORIGINAL] KOLEKSI SELAMAT TINGGAL PURNAMA (STP) - STRAIN PERTAMA + STRAIN KEDUA (TEME ABDULLAH)
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Edition Type
Description

Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa. Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia. Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'artis terkenal' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu. Hidupnya berubah dari saat itu. Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams. Kim Jonghyun. Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri. "Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth," bisik hati aku. Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini. Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara. Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya. Siapa Teme Abdullah? Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina. Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'. Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now