Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Shipping Fee:
RM5.19 (incl. SST)
Specification
Brand,Import/Local
Description

Buku Isu Profesionalisme Kaunseling di Malaysia bertujuan untuk memperkenalkan profesion kaunseling di Malaysia. Sesuai untuk semua kalangan pembaca khususnya kaunselor, pendidik kaunselor, pelajar yang mengambil jurusan kaunseling dan penyelidik dalam bidang kaunseling dan psikologi. Buku ini merupakan hasil kajian literatur yang mendedahkan maklumat awal dan asas kepada pembaca tentang beberapa dimensi dan bidang pengamalan yang penting dalam profesion kaunseling. Fokus utama yang diketengahkan oleh buku ini adalah isuisu profesionalisme dalam pengamalan dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Ini termasuklah perkembangan profesion kaunseling, isu kepelbagaian budaya dalam pengamalan kaunseling, pengamalan kaunseling di sekolah dan organisasi, pengujian dalam kaunseling dan psikologi, kaunseling ketagihan dan pemulihan serta isu kecekapan kaunselor. Buku ini boleh memberikan sumbangan tersendiri dalam bidang kaunseling dan psikologi. Justeru, ianya amat sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada para kaunselor dan pelajar kaunseling untuk membantu memartabatkan dan memperkasakan profesion kaunseling di Malaysia

Chat Now
Add to Cart
Buy Now