Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran. NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-6 memberi peringatan tentang: 1. 5 Perkara Yang Membuatkan Dosa Diampunkan 2. Kehadiran Rasul Selepas Waktu Fatrah Membawa Kegembiraan 3. Kisah Habil Dan Qabil Sebagai Suatu Pengajaran 4. Harta Tidak Dapat Menebus Diri Daripada Azab Allah Swt 5. Tanda-Tanda Hati Tidak Bersih 6. Tidak Menjadikan Musuh Sebagai Pemimpin 7. 4 Ciri Orang Yang Mendapat Balasan Buruk Daripada Allah Swt 8. Syurga Buat Mereka Yang Kembali Beriman Dan Bertakwa 9. Jangan Menjadi Orang Fasik Nota ini juga merangkumi: 1. Nota pilihan daripada penonton 2. Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih 3. Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami 4. Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca