Damage Protection
Learn More
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Stock,Brand
Description

Salam Ramadhan & Syawal. Penyeri dan membuka tirai kita kali ini dengan karya tersohor dari abang lejen kita, Yaz Malee. Antara kartunis terawal yang banyak kali menghasilkan cover majalah Ujang satu ketika dulu menggunakan arkilik sebagai medium utama. Atas momen itu kita ingin mengembalikan rasa segar dan autentik yang di bawa. Kali ii dengan menggunakan catan air secara manual dan menterjemahkan hiruk pikuk masyarakat yang berlegar kempunan ingin pulang ke kampung halaman dan merasa kembali kemeriahan suasana hari raya seperti dulu. Larangan rentas negeri memang memeritkan. Dan rentas daerah pula mengikut situasi yang dibenarkan. Bagaimana norma baru Aidilfitri kali ini? Wallahu'alam bissawab. Kita biarkan pihak berwajib memutuskan. Noktah. 8 SAMPUL PERCUMA SKETSA RAYA Seperti mana tahun dulu kita juga menyelitkan 8 sampul percuma sketsa raya. Dan untuk tahun ini kita selitkan 8 sampul lagi secara percuma dari berlainan kartunis pula. Jika dikumpulkan pada Bumper tahun lepas, terdapat 16 karya Kartunis yang dapat dikumpulkan. Boleh dijadikan koleksi peribadi atau dapat juga memberi keceriaan pada kanak² di hari lebaran ini.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now