Buku Siblings Without Rivalry Edisi Bahasa Melayu oleh Adele Faber Elaine Mazlish Cinta Kasih Sayang Adik Beradik
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
No ratings yet
Shop Vouchers
Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Arzania
Active 7 minutes ago
Selangor
1K
Products
4.9
Rating
73%
Chat Response
See More
* Applicable to all products in this shop (excl. shipping fees)
Specification
Brand,Edition Type
Description

READY STOCK IN MALAYSIA Penulis : Adele Faber, Elaine Mazlish Halaman: Hitam Putih Muka Surat: 293 Muka Surat Tarikh Terbit: 10 Oct 2018 "Pergaduhan mereka selalu membuatkan saya naik darah." "Saya tidak tahu perkara apa yang akan berlaku dahulu. Sama ada mereka akan saling mencederakan atau saya yang akan mencederakan mereka." "Hubungan saya dengan mereka baik baik sahaja. Namun, apabila mereka berdua bersama, saya tidak boleh tahan dengan perangai keduanya.'' Ini topik yang sangat panas. Tidak kira lokasi kami berada, apabila kami mengajukan topik pergaduhan adik-beradik, kami menerima pelbagai reaksi serta-merta dan cukup beremosi. Nyata ini adalah masalah sejagat. Masalah yang serius dan menusuk perasaan yang paling dalam. Buku ini adalah hasil daripada kesemua sesi bengkel dan semua perkara yang kami lakukan bertahun-tahun lamanya. Kesimpulan daripada semua itu? Kami percaya yang kita sebagai ibu bapa mampu membuat perubahan. Kita mampu menyemarakkan lagi daya persaingan itu ataupun mengurangkannya. Kita boleh mendiamkan sahaja suasana permusuhan itu ataupun membantu melepaskannya dengan cara yang selamat. Kita boleh membiarkan pergaduhan berterusan ataupun memastikan mereka bekerjasama. Perilaku dan perkataan kita sememangnya berkuasa. Apabila Peperangan Adik-beradik bermula, kita tidak perlu lagi rasa kecewa, naik darah, atau tidak berdaya. Bersenjatakan kemahiran baru dan pemahaman baru, kita mampu membawa permusuhan ini kepada perdamaian. PELENGKAP KEPADA BUKU "HOW TO TALK SO KIDS WILL LISTEN & LISTEN SO KIDS WILL TALK" Ketika kami menulis buku 'How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk', kami menghadapi beberapa masalah. Terlalu banyak kisah berkaitan pergaduhan adik-beradik. Kami baru sahaja menulis separuh jalan, tetapi bab itu sahaja sudah mencapai lebih satu ratus muka surat. Kami berusaha untuk memotong, menyunting, dan membuang bahagian yang dirasakan tidak perlu supaya ketebalannya seimbang dengan bab lain. Namun, semakin banyak bahagian yang dipotong, kami menjadi semakin tidak puas hati. Kebenaran itu mula menghantui kami. Bagi membincangkan topik ini dengan lebih lanjut, kami perlu menghasilkan satu buku khusus tentangnya. Apabila keputusan itu sudah diambil, perancangan lain semakin jelas. Kami akan meletakkan maklumat yang mencukupi tentang cara menangani konflik dalam buku How To Talk... bagi membantu para ibu bapa di luar sana. Tetapi, dalam buku mengenai adik-beradik ini pula, kami akan kongsi semua perkara berkaitan adik-beradik. ISI KANDUNGAN Penghargaan Sejarah Kewujudan Buku ini Bab 1: Adik-Beradik. Dulu, Kini, dan Selamanya Bab 2: Akhirnya Perasaan Buruk Keluar Jua Bab 3: Bahaya Perbandingan Bab 4: Sama Rata Itu Kurang Sebenarnya Bab 5: Adik-Beradik dan Peranan Masing-Masing Bab 6: Apabila Anak-Anak Bergaduh Bab 7: Berdamai dengan Masa Lalu Nota Khusus - Cara Memupuk Perasan Kasih Sayang antara Adik-Beradik - Maklum Balas Awal - Kesimpulan - Kita Adik-Beradik, Selamanya

Chat Now
Add to Cart
Buy Now