Benih Cili Bara/Cili Api bara
shipping entrance icon
Get by 12 - 15 Oct, with shipping fee RM0.00 - RM2.12 (incl. SST)
service entrance icon
15 Days Free Returns - No Questions Asked* · Cash on Delivery
Specification
Stock,Pack Type
icon arrow right
Description

Cara semaian untuk Cili Bara/Cili Api bara Langkah 1 : ✔Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8jam atau 1malam . ✔Tujuan rendam iuntuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas. ✔Seelok nya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai , air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip. Langkah 2 : ✔Kering kan benih yang sudah di rendam mengunakan penapis , kertas atau tisu. ✔Tujuan kering supaya mudah untuk disemai. Benih mudah di kendalikan. Langkah 3 : ✔Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih. ✔Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil. Langkah 4 : ✔Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam. ✔Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji. Langkah 5 : ✔Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut. ✔Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas. Langkah 6 : ✔Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam ke seluruhan selama 3 ke 5 hari. ✔Hari ke 3-5 benih sudah bercambah. Anda boleh mengalih kan sungkupan plastik hitam tadi. Langkah 7 : ✔Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2helai daun. Alih kan benih ke kawasan yg menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus. ✔Siram pagi dan petang. Letak di tepi rumah atau pakai net hitam. Langkah 8 : ✔Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit(beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh jiga guna baja organik. ✔Setelah usia 2minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alih kan ke pasu,polybeg atau atas tanah. Langkah 9 : ✔Baja pokok setiap 1 minggu atau 2minggu sekali. ✔Untuk pokok yg bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali. ✔Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. ✔Jika anda mnggunakan baja biji npk , stop baja bila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.