BUKU PANDUAN PENANAMAN TIMUN SECARA FERTIGASI GANTUNG . TANAM TIMUN SEDAP
shipping entrance icon
Get by: 18 Oct, with shipping fee RM0.00 (incl. SST)
service entrance icon
15 Days Free Returns - No Questions Asked* · Cash on Delivery
Specification
Stock,Brand
icon arrow right
Description

BAB 1 : PENYEDIAAN TAPAK Sebelum memulakan projek, memilih lokasi atau tapak yang sesuai amatlah penting. Lokasi yang baik adalah yang mampu menyediakan segala prasarana yang lengkap untuk keperluan perusahaan nanti. Dikhuatiri, pemilihan tapak yang terburu-buru boleh mengakibatkan bencana yang lebih teruk pada masa hadapan. Untuk memasikan lokasi pilihan kita itu sesuai untuk dijalankan projek pertanian, pertimbangan yang khusus mesti diberikan keatas 3 perkara berikut iaitu:- 1. Sumber Air Bersih 2. Sumber Tenaga ( Elektrik ) 3. Aras tanah ( Level ) SUMBER AIR Boleh sahaja darimana sumbernya, samada dari sungai, tube well, perigi mahupun paip komersil. Yang perlu dipastikan adalah jarak sumber air tersebut dari tapak projek. Jarak yang jauh kemungkinan memerlukan belanja yang besar sebelum kita boleh memperolehinya. Contoh yang mudah boleh kita lihat ialah dikawasan cameron highland, terdapat perusahaan pertanian yang memperolehi air dari jarak 14km. Air yang diperolehi tidak dinafikan air yang baik, tetapi kos untuk membina salirannya sangat tinggi dan kos penyelenggaraan sangat rumit. Selain jarak, kuantiti air juga perlu diperhalusi, kerana pada sesetengah masa, pokok memerlukan air yang sangat banyak dan jika terputus bekalan, pokok akan mengalami layu dan rosak. Oleh itu pastikan sumber airnya cukup dan tidak putus. Kualiti air juga sangat penting, pH optimum untuk pokok adalah pada bacaan 7.0 yakni pada bacaan neutral. Bacaan menggunakan EC meter juga mestilah pada kadar yang rendah iaitu antara 0.0 – 0.3. Jika air berada pada kadar EC yang tinggi, usahakan rawatan keatas air tersebut. Begitu juga jika pHnya tinggi atau terlalu rendah. Rawatan yang paling efektif untuk air berasid dan berkeladak buat masa ini adalah dengan menggunakan tawas pada kadar yang disyorkan. Jangan terlalu banyak penggunaannya kerana ia boleh menurunkan kadar pH dan ini tidak baik untuk pokok. Kadar pH dibawah nilai 7, air dikategorikan sebagai berasid dan jika lebih tinggi dari 7, air dikategorikan sebagai beralkali. Cara rawatan air berasid adalah dengan mencampurkan larutan air kapur kedalam stok air. Akar menyerap nutrien hanya dengan kehadiran tenaga dan tenaga hanya boleh diperolehi dari kandungan oksigen di dalam air. Oleh itu, pastikan kandungan oksigen terlarut adalah tinggi dalam sumber air kita dan jika tidak, gunakan pusingan air di dalam tangki sebagai punca meningkatkan kadar oksigen di dalam air. Selain itu kadar oksigen boleh diperolehi ketika air melepasi micro tube. Micro tube yang kecil akan memaksa pancutan air menjadi deras dan ini akan menggalakkan penggabugan molekul oksigen ke dalam air yang di pam kedalam medium