Damage Protection
Learn More
Unsupported Address Not Reviewed
Specification
Stock,Brand
Description

Penulis : Firkhan Ali Hamid Ali, M. Hafiz Mt. Saidun, Khairul Amin Mohd Sukri, Zubaile Abdullah & Hannes Masandig Harga : 18.00 ISBN : 978-967-5457-36-4 Tahun terbitan : 2010 Bil. muka surat : 61 muka surat Hari ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT menjadi sebahagian budaya kerja dan kehidupan dalam masyarakat Malaysia terutama dengan perkembangan teknologi akses internet yang sangat baik dan meluas. Asas kepada teknologi Internet adalah rangkaian komputer. Sekiranya sesebuah komputer itu berupaya mengakses Internet menerusinya, ia juga merupakan sebahagian daripada rangkaian komputer. Selain daripada itu, perkembangan dunia ICT yang cepat juga membuatkan peralatan ICT seperti komputer dan telefon bimbit mudah dan mampu dimiliki oleh setiap isi rumah di Malaysia. Bukan sahaja sebuah komputer tetapi lebih daripada itu. Dengan terdapatnya lebih daripada satu komputer dalam sesebuah rumah atau organisasi, teknologi rangkaian komputer ini boleh dimanfaatkan untuk perkongsian data-data, sumber-sumber ICT seperti akaun Internet, perkakasan seperti pencetak dan sebagainya. Buku ini memberi beberapa panduan asas dari segi teori dan praktikal dalam implementasi rangkaian komputer bagi perumahan-perumahan dan organisasi-organisasi yang bersaiz kecil dan sederhana.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now