Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Edition Type
Description

ARKITEK JALANAN

Penulis: Teme Abdullah

Jumlah Muka Surat: 333

Saiz: 14.8 cm x 21 cm x 2.5 cm

Berat: 340 gram

Format: Kulit Nipis (Paperback)

ISBN: 9789832423430

● SINOPSIS

Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan adalah adaptasi catatan hidup seorang Teme, yang datang dan duduk bercerita di hadapan kita seperti seorang teman yang mesra Kalian yang sudah membaca Pelukis Jalanan, pasti sudah biasa dengan 'kedegilan' Teme,

Jika Pelukis Jalanan sebelum ini lebih memfokuskan kepada kesusahan Teme mencari sumber pendapatan untuk menampung biaya pengajiannya di kota London, Arkitek Jalanan pula lebih menceritakan kisah suka duka Teme bersama rakan karibnya, Ahmad dalam menempuhi hidup sebagai pelajar tahun akhir sebelum bergelar graduan.

"Aku dah mulakan, aku tiada pilihan lain selain tamatkan ia dengan cara yang terbaik. Atau semuanya sia-sia."

Arkitek Jalanan adalah sambungan kisah kedegilan dan kegilaan Teme, dan kali ini bersama 'partner-in-crime'nya, Ahmad yang dahulu muncul hanya sebagai watak sampingan. Dalam Arkitek Jalanan, bukan hanya kronologi hidupnya yang dibebelkan, tetapi lebih banyak juga lontaran fikiran dan kritikan sosial - yang boleh sahaja kita bersetuju atau tidak bersetuju, tetapi yang pasti, menjentik kita untuk melihat dunia pada satu perspektif yang berbeza.

To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.”

Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni,

mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

Tapi sebenarnya kan…

Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.

● KANDUNGAN

Penghargaan

Nota Penerbit

Bab 1: Bateri

Bab 2: Back

Bab 3: Exhibition

Bab 4: Nasihat

Bab 5: Pelukis Jalanan

Bab 6: Studio

Bab 7: Portugal

Bab 8: Stop

Bab 9: Tua

Bab 10: Crit

Bab 11: Lari

Bab 12 Tolong

Bab 13: Sampah

Bab 14: Pengecut

Bab 15 First Class

Bab 16 Lupa

Bab 17: Pen

Bab 18: Offer

Bab 19: Aku Ahmad

Bab 20: Architectural Assistant

Bab 21: Pulang

Bab 22: Aku Loh

#arkitekjalanan #temeabdullah

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now