Damage Protection
Learn More
Shipping Fee:
RM5.19 (incl. SST)
Specification
Stock,Language
Description

Benarkah alam ini letaknya dalam alam yang lain? Kita hidup, mati, kemudian kembali dan melihat dari pintu yang lain? EXIT membawa anda untuk melihat 'penghuni alam yang sebelah sana' dengan mata yang lain. EXIT BERBEZA, ia tidak seperti buku-buku genre misteri yang pernah terbit di negara kita. Ini kerana, di samping menghidangkan kisah-kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis, kenalan-kenalan beliau dan juga yang berlaku di sekeliling kita, EXIT mengajak pembaca untuk melihat kejadian-kejadian itu dari pandangan sains, perubatan, psikologi, antropologi serta teori-teori paranormal lain. Dua pendekatan ini membuatkan pembaca merasai dua sensasi pembacaan sekali gus iaitu debaran kisah-kisah aneh dan misteri serta ilmu yang mengajak mereka berfikir secara lebih kritis, sains dan budaya serta kepercayaan manusia sejagat. Buku ini akan membolehkan anda memahami apa itu multimesta (multiverse), sleep paralysis, pengembaraan masa, pengalaman keluar daripada tubuh (out of body experience), doppleganger dan sebagainya. Zulkarnain Zakaria merupakan mantan Pengarang Kanan, majalah Mastika. Melalui pengalamannya selama lebih 25 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan, beliau mengolah kisah-kisah misteri dan sains ini dengan cara yang mudah, menarik dab mendebarkan. Pembaca secara tidak sedar dibawa oleh penulis untuk mengembara dari satu pintu ke satu pintu yang lain, dari satu alam ke satu alam yang lain

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now